Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Friday, November 25, 2011

Kutu Sampah 54

Hidup ini ibarat mimpi. Kita tertidur di malam hari dan terjaga di pagi hari untuk memulakan sebuah episod mimpi setiap hari. Kita akan melakonkan watak kita dengan sebaik-baiknya. Tiada skrip yang perlu kita hafalkan, semuanya secara automatiknya, lidah kita akan pandai berkata-kata. Di akhir mimpi, kita tidak tahu apakah tujuan mimpi itu.

Dunia semakin tua. Manusia semakin gila dengan apa yang mereka ciptakan. Mereka berlumba-lumba mengatasi satu sama lain untuk membuktikan siapa ke-egoannya yang paling besar. Sedih.

Alam turut sedih melihat manusia. Awan cuba menyedarkan manusia dengan bala-bala hujan lebat yang mencurah-curah sehingga banjir. Angin cuba memutar-mutarkan badannya sekuat-kuatnya untuk menghancurkan ketemadunan manusia. Ombak juga tidak turut ketinggalan bersama-sama untuk menolong manusia dengan berdiri tegak-setegaknya, lalu menghempas negara yang kononnya bertemadun tinggi.

Kesian pada manusia.

Lalai sehingga ke akhir waktu.

Monday, November 14, 2011

Kutu Sampah 53

Gua kembali lagi selepas menyambut Hari Raya Aidil Adha. Banyak yang gua nak tulis disini, tetapi memandangkan gua tiada komputer, penulisan gua terbantut.

Sepanjang tahun 2011 ini, apa yang gua dapat lihat, orang-orang ditanah melayu, bahkan orang-orang di benua lain sudah mula menjadi cacing-cacing yang kepanasan. Mana kan tidak, dengan harga barang yang melambung-lambung naik dan keadaan ekonomi yang tidak tentu arah. Ya, itulah penangan sistem ekonomi kapitalis yang diajar oleh orang yahudi.

Tidak dinafikan, bangsa yahudi adalah orang yang bijak, tetapi gua tidak bersetuju jika mengatakan orang yahudi itu lebih bijak daripada umat nabi Muhammad s.a.w, iaitu orang islam itu sendiri.

Jika begitu, mengapakah umat islam pada hari ini selalu tewas dengan bangsa yahudi dalam semua aspek?

Soalan ini kalau ditanya pada apek cina yang berumur 80an pun dia boleh jawab dengan senang. Sudah tentulah, kerana umat islam pada hari ini tidak langsung mengikut ajaran  islam yang sebenar. Seseorang muslim yang baik akan sentiasa mengamalkan ajaran islam di landasan yang betul iaitu dengan mematuhi ajaran yang dibawa oleh Al-quran dan Hadis tanpa ragu-ragu serta dihiasi dengan sunnah Rasullah s.a.w.

Islam menyuruh umatnya mencari ilmu di muka bumi ini untuk menjadi khalifah. Tanpa ilmu kita akan kehilangan arah. Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu kifayah dan ilmu fardu ain.

Ilmu kifayah adalah ilmu yang kita belajar di sekolah iaitu matametik, sains dan lain-lain lagi. Kita mempelajari ilmu kifayah ini sehingga ke universiti dan dianugerahi berbagai-bagai sijil atau ijazah. Ilmu ini wajib untuk di pelajari bagi meninggikan syiar Islam itu sendiri serta dapat membantu orang ramai menjalani kehidupan dengan selesa seperti terciptanya kereta untuk bergerak ke mana sahaja.

Manakala ilmu fardu ain adalah ilmu yang menjadikan kita ini sebagai hamba Allah yang patuh kepada-Nya. Tanpa ilmu fardu ain, kita tidak dapat beribadat dengan betul dan adakalanya tanpa ilmu fardu ain kita akan menjadi sesat dalam mengejar keredhaan Allah s.w.t. Ilmu-ilmu fardu ain ini adalah seperti belajar bagaimana untuk bersolat, belajar mengajai, belajar fikah dan lain-lain lagi. Jika kita tidak mempelajari ilmu fardu ain tetapi hanya mempelajari ilmu kifayah, sudah pasti kita termasuk didalm golongan orang-orang yang bodoh. Kerana kehidupan sebenar kita bukannya di atas muka bumi ini, tetapi kehidupan sebenar kita adalah di Akhirat nanti. Apa gunanya kita menjadi orang yang terkaya di muka bumi ini atau menjadi doktor pakar bedah atau menjadi seorang engineer yang paling terbaik di atas muka bumi ini, jika kita kenal siapa itu Allah.s.w.t yang telah menjadikan kita. Ingatlah, dunia ini hanyalah sebagai tempat ujian untuk kita.

Kedua-dua ilmu ini sama penting dan saling bergantungan. Dengan mencari ilmu kifayah kita dapat mengenal Allah s.w.t dengan lebih dekat dan dengan mempelajari ilmu fardu ain kita dapat belajar bagaimana cara untuk mendekatkan diri dengan Allah. s.w.t.

Insyallah, selepas ini gua kana kembali aktif untuk menulis. Semoga dengan penulisan gua dapat menyampaikan dakwah. Insyallah.