Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Friday, December 16, 2011

Punk Muslim Di Tanah Melayu 1

Di sebuah rumah kampung yang terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur, aku tinggal bersama seorang sahabat yang telah menemani aku sejak kecil. Din adalah seorang sahabat yang sangat rapat dengan aku. Dibesarkan bersama-sama di sebuah kampung yang terletak di hujung Pahang. Din adalah anak yatim, orang tua nya sudah lama meninggal dunia ketika dia masih bayi akibat dibaham harimau sewaktu keluar menoreh. Sejak itu, Din dijaga oleh neneknya. Rumah nenek Din tidak jauh dari rumah aku, hanya beberapa kangkang kera sahaja jaraknya. Aku dan Din sering menghabiskan waktu kecil sebagai budak kampung yang sejati. Apa yang budak kampung tahun 30-an di tanah melayu bermain, itulah juga permainan aku dan Din bermain.

Aku dan Din sudah berhijrah ke Kuala Lumpur hampir lima tahun. Ini bermula sejak, aku berjaya menyambung pelajaran ke menara gading di ibukota bangsat ini. Din pula, sejak kematian neneknya, telah berhijrah bersama-sama aku ke sini.

Owh, rancak bercerita tentang Din, sehingga aku hampir lupa memperkenalkan diri aku. Nama aku Kids, latarbelakang aku tidak payahlah aku cerita, kerana aku bukannya seorang artis yang hina mahupun pemimpin bingai yang ingin menonjol-nonjol. Cukuplah, sekadar mengenal aku sebagai anak punk muslim dari tanah melayu.

Friday, November 25, 2011

Kutu Sampah 54

Hidup ini ibarat mimpi. Kita tertidur di malam hari dan terjaga di pagi hari untuk memulakan sebuah episod mimpi setiap hari. Kita akan melakonkan watak kita dengan sebaik-baiknya. Tiada skrip yang perlu kita hafalkan, semuanya secara automatiknya, lidah kita akan pandai berkata-kata. Di akhir mimpi, kita tidak tahu apakah tujuan mimpi itu.

Dunia semakin tua. Manusia semakin gila dengan apa yang mereka ciptakan. Mereka berlumba-lumba mengatasi satu sama lain untuk membuktikan siapa ke-egoannya yang paling besar. Sedih.

Alam turut sedih melihat manusia. Awan cuba menyedarkan manusia dengan bala-bala hujan lebat yang mencurah-curah sehingga banjir. Angin cuba memutar-mutarkan badannya sekuat-kuatnya untuk menghancurkan ketemadunan manusia. Ombak juga tidak turut ketinggalan bersama-sama untuk menolong manusia dengan berdiri tegak-setegaknya, lalu menghempas negara yang kononnya bertemadun tinggi.

Kesian pada manusia.

Lalai sehingga ke akhir waktu.

Monday, November 14, 2011

Kutu Sampah 53

Gua kembali lagi selepas menyambut Hari Raya Aidil Adha. Banyak yang gua nak tulis disini, tetapi memandangkan gua tiada komputer, penulisan gua terbantut.

Sepanjang tahun 2011 ini, apa yang gua dapat lihat, orang-orang ditanah melayu, bahkan orang-orang di benua lain sudah mula menjadi cacing-cacing yang kepanasan. Mana kan tidak, dengan harga barang yang melambung-lambung naik dan keadaan ekonomi yang tidak tentu arah. Ya, itulah penangan sistem ekonomi kapitalis yang diajar oleh orang yahudi.

Tidak dinafikan, bangsa yahudi adalah orang yang bijak, tetapi gua tidak bersetuju jika mengatakan orang yahudi itu lebih bijak daripada umat nabi Muhammad s.a.w, iaitu orang islam itu sendiri.

Jika begitu, mengapakah umat islam pada hari ini selalu tewas dengan bangsa yahudi dalam semua aspek?

Soalan ini kalau ditanya pada apek cina yang berumur 80an pun dia boleh jawab dengan senang. Sudah tentulah, kerana umat islam pada hari ini tidak langsung mengikut ajaran  islam yang sebenar. Seseorang muslim yang baik akan sentiasa mengamalkan ajaran islam di landasan yang betul iaitu dengan mematuhi ajaran yang dibawa oleh Al-quran dan Hadis tanpa ragu-ragu serta dihiasi dengan sunnah Rasullah s.a.w.

Islam menyuruh umatnya mencari ilmu di muka bumi ini untuk menjadi khalifah. Tanpa ilmu kita akan kehilangan arah. Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu kifayah dan ilmu fardu ain.

Ilmu kifayah adalah ilmu yang kita belajar di sekolah iaitu matametik, sains dan lain-lain lagi. Kita mempelajari ilmu kifayah ini sehingga ke universiti dan dianugerahi berbagai-bagai sijil atau ijazah. Ilmu ini wajib untuk di pelajari bagi meninggikan syiar Islam itu sendiri serta dapat membantu orang ramai menjalani kehidupan dengan selesa seperti terciptanya kereta untuk bergerak ke mana sahaja.

Manakala ilmu fardu ain adalah ilmu yang menjadikan kita ini sebagai hamba Allah yang patuh kepada-Nya. Tanpa ilmu fardu ain, kita tidak dapat beribadat dengan betul dan adakalanya tanpa ilmu fardu ain kita akan menjadi sesat dalam mengejar keredhaan Allah s.w.t. Ilmu-ilmu fardu ain ini adalah seperti belajar bagaimana untuk bersolat, belajar mengajai, belajar fikah dan lain-lain lagi. Jika kita tidak mempelajari ilmu fardu ain tetapi hanya mempelajari ilmu kifayah, sudah pasti kita termasuk didalm golongan orang-orang yang bodoh. Kerana kehidupan sebenar kita bukannya di atas muka bumi ini, tetapi kehidupan sebenar kita adalah di Akhirat nanti. Apa gunanya kita menjadi orang yang terkaya di muka bumi ini atau menjadi doktor pakar bedah atau menjadi seorang engineer yang paling terbaik di atas muka bumi ini, jika kita kenal siapa itu Allah.s.w.t yang telah menjadikan kita. Ingatlah, dunia ini hanyalah sebagai tempat ujian untuk kita.

Kedua-dua ilmu ini sama penting dan saling bergantungan. Dengan mencari ilmu kifayah kita dapat mengenal Allah s.w.t dengan lebih dekat dan dengan mempelajari ilmu fardu ain kita dapat belajar bagaimana cara untuk mendekatkan diri dengan Allah. s.w.t.

Insyallah, selepas ini gua kana kembali aktif untuk menulis. Semoga dengan penulisan gua dapat menyampaikan dakwah. Insyallah.




Wednesday, September 28, 2011

Kutu Sampah 52

Semalam, gua balik dari kerja. Dalam perjalanan balik ke rumah, hati gua jadi tak sedap. Sampai sahaja di rumah, gua terus menyelongkar kereta Toyota KE yang tersadai di depan rumah. Gua masih tidak jumpa Jody.

**
Jody tak balik ke rumah selama tiga hari. Sudah puas gua mencarinya. Kali terakhir gua berjumpa dengan Jody adalah pada malam, gua keluar bersama Sarip (Budak serumah) pergi mendengar ceramah Ustaz Ahar Idrus di masjid terapung Puchong Perdana. Gua sempat melihat Jody bermain di luar rumah dan ketika itu gua lihat muka Jody tersenyum kegembiraan.

***

Naluri hati gua berkata, Jody mesti balik ke rumah hari ini. Gua mencari semula Jody di bawah kereta.

Subhanallah, gua terkejut melihat Jody di tepi tayar. Gua menjadi takut untuk menyentuh Jody. Masih bernyawa kah Jody? Badan Jody seperti patung, tidak bergerak sedikit langsung.

Gua terus mengangkat Jody ke riba. Gua lihat Jody semakin lemah. Kaki Jody tidak boleh bergerak, badannya lemah. Tulang belakang Jody patah. Gua terus google cari klinik haiwan di sekitar Puchong. Gua juga meminta bantuan daripada Club Kucing dan Anjing Terbiar di Jalanan di Facebook. Allamdulilah, semua ahli persatuan memberi respons yang cepat. Terima kasih kepada mereka. Gua terus telefon klinik haiwan yang berhampiran.

“ Hello, ini klinik haiwan ker?”

“yer, kenapa..ada apa yang boleh saya bantu” suara seorang perempuan cina

“ saya ada se ekor anak kucing yang mungkin patah tulang, saya nak bawak ke klinik awak, boleh tak?”

“ owh, klinik kami tutup pukul 7, anak kucing itu kena X-tray, ambil masa yang lama. Tapi, awak jangan risau, awak boleh hantar dia di klinik haiwan belakang Tesco” beritahu perempuan cina itu kepada gua dengan lembut. Mungkin dia tahu gua tengah bercelaru ketika itu.

Gua terus bersiap untuk bawa Jody ke klinik. Tiba-tiba, gua teringat sesuatu,… didalam poket gua tiada satu sen pun. Mahu pun didalam bank. Gaji gua tidak dapat lagi. Sepatutnya gaji gua masuk pada hari Isnin. Entah mengapa bulan ini, gaji gua masuk di akhir bulan. Hanya Allah sahaja yang tahu, bagaimana fikiran gua ketika itu.

Gua terus menelefon beberapa orang kawan untuk meminjam duit. Tapi, malangnya..semuanya tidak ada duit. Gua juga meminta bantuan dari budak rumah gua, tetapi semuanya juga tiada duit. Gua tidak mahu bersangka buruk kepada manusia lain, gua serahkan semuanya kepada Allah s.w.t.

Gua memberi Jody minum air susu mengunakan straw. Gua selimutkan dia dengan baju kerja gua. Gua letak dia di tepi kepala gua. Hati gua merundum sedih. Gua buat solat hajat supaya Jody mampu bertahan sehingga hari Jumaat ini. Gua usap Jody sehinggalah dia tidur dengan tenang.

<……>

Hari ini, gua bangun dikejutkan dengan jam loceng. Selalunya, Jody datang kejutkan gua sembahyang subuh dengan bermain-main di kaki gua.

Gua lihat Jody di sebelah, masih lagi tidur dengan nyenyak. Tiba-tiba, Jody bersuara, “miow..miow”

Gua bukan kepalang gembiranya. Terus gua memeluk Jody dan memberi dia minum air susu.

Insyallah, Jody akan bertambah sihat dengan izin Allah s.w.t.

Tuesday, September 27, 2011

Kutu Sampah 51

Lagi tinggal hanya beberapa minit sahaja untuk gua balik ke rumah. Target hari ini sepuloh round tasik bukit jalil. Amacam

Friday, September 23, 2011

Kutu Sampah 50

Dulunya gua suka menulis. Tapi entah mengapa, sekarang jari gua sudah jadi malas untuk menekan papan kekunci.

##

Tiga minggu yang lepas, gua kebosanan duduk di rumah. Lantas, gua mengambil jalan ke arah neraka jahanam. Dengan berbekalkan 50 renget, gua pergi mempertaruhkan duit makan gua untuk 2 minggu.

Tempatnya tidaklah jauh, cuma start motor dan pergi dengan tidak memakai helmet.

Setelah bertarung selama 3 jam, gua hanya mampu membawa balik keuntungan 200 renget sajer. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Gua ke kaunter untuk mendapatkan duit kemenangan gua dengan kepala ligat memikirkan " duit ni gua nak wat mende?"

Gua keluar dengan melangkah kaki kanan.

Tengah gua membuka kunci motor, ekor mata gua terpandang seorang budak cina tengah bercakap-cakap dengan se ekor anak kucing.

Budak cina itu berulang kali meletakkan anak kucing itu di atas guni yang terdapat di depan kedai. Tapi, anak kucing itu tetap turun dan berlari ke arahnya. Gua memperhatikan kejadian ini selama beberapa minit. Baru gua perasan, budak cina itu mahu tidur ditepi kedai dengan beralaskan beg yang dibawanya, tetapi anak kucing itu merengek-rengek mahu menemankan budak cina itu. Dengan percakapan yang pelat, budak cina itu bercakap dengan anak kucing. Gua tersedak, budak cina itu bukanlah budak seperti budak-budak normal yang lain. Dia adalah orang kurang upaya, macam Fei Mau. Sihat tubuh badannya, tetapi akal kebudakan.
Hati gua terus sayu, siapalah keluarga budak cina ini. Kenapalah budak cina ini tidur di tepi kedai. Adakah keluarganya menghalaunya sebab dia cacat?

Dengan sedihnya, gua turun dari motor, lalu mengambil anak kucing itu. Budak cina itu cuba bercakap dengan gua, dengan bahasanya. Gua memahami dari gerak tubuhnya, budak cina itu menyuruh gua jangan melayan sangat anak kucing ini.

Gua senyum pada budak cina itu. Gua kata, tidak mengapa.

Gua letak anak kucing itu dalam raga motor. Semasa gua nak beredar, gua nampak budak cina itu tengah menyapu-yapu tempat yang dia hendak tidur nanti. Mata dia mencerminkan kepayahan yang dia hadapi.

.......SEKARANG....

Anak kucing yang diberi nama Jody sempena pertemuan gua dengannya di depan kedai judi, sedang asyik makan Whiskas.

Anak cina itu, gua tidak berjumpa lagi. Di dalam hati, timbul kekesalan, "kenapalah gua tak terfikir untuk memberi anak cina itu sedikit duit untuk dia membeli nasi"

Kalau berjumpa lagi dengannya, gua akan berbuat baik kepadanya.

Thursday, August 18, 2011

Kutu Sampah 49

Ramadhan tahun ini mungkin sama seperti tahun-tahun lepas. Insyallah, jika gua panjang umur, mungkin gua akan mencuba untuk tahun akan datang.

Malaysia juga sama seperti yang gua kenal seperti tahun-tahun lepas. Penuh dengan sandiwara dan bertopengkan agama untuk melindungi diri. Haktuihhh...

Malaysia dipenuhi dengan orang-orang muda yang bodoh, didalam kepalanya penuh taik dan beribu lalat mengerumi kepalanya. Bangsat!

Sepatutnya orang-orang muda yang sepatutnya mencetuskan revolusi. Revolusi untuk mengubah persekitaran antara orang yang memerintah dan hamba yang diperintah. Lihat sahaja dinegara-negara lain..orang-orang mudanya bangun untuk riot bukan hanya duduk di rumah, bermain dengan komputer dan mendengar lagu punk. Setiap hari, bercakap pasal revolusi dan Apa Itu Punk di kedai-kedai kopi.

Fuckin...please stop!!!. Don't be like NATO. Always talking but zero actions.

Turunlah ke jalan raya...lawan penindasan. Lawan pemerintah...Barulah layak digelar Anak Muda.

Punk bukan sekadar falsafah, ia lebih kepada kebebasan diri untuk melawan. Jika suka duduk diam dan lebih suka dilihat cool oleh orang tua, gua sarankan lu, baik lu pergi atas bangunan, lepas itu terjun sambil menjerit," AKU SUKAKAN KEAMANAN"

Ini dunialah, mangkuk ayun!
Tiada istilah apa itu keamanan selagi ada orang yang akan diperintah untuk membuat kerja-kerja bagi mengenyangkan perut-perut buncit kapitalis.

Monday, August 1, 2011

Kutu Sampah 48

Hari ini hari pertama gua berpuasa. Gua mengharunginya dengan tenang.

Gua tengok adik gua umur 7 tahun pun boleh puasa dengan rilek, siap boleh main sini sana, tak reti duduk diam.

Buka puasa dengan keluarga. Lepas habis kuih gua makan, pergi solat tarawih.

Pergh, memang shadu duduk kampung.

Alangkah bestnya, kalau gua boleh bekerja di kampung sendiri.

Tinggal lagi 29 hari untuk ditempuh dan di duga dengan pelbagai dugaan.

Sunday, July 31, 2011

Kutu Sampah 47

Gua masih tidak tidur.

Mak dah mula bersiap sedia menyiapkan sahur.

Gua tertanya-tanya,
Ada orang baca tak blog gua ni?

Gua rasa takder kot.

Kah Kah Kah

Kutu Sampah 46

1.8.2011

Bermulanya puasa. Gua berada dikampung untuk berbuka puasa bersama mok, aboh dan adik-adik.

Mengimbau kembali tahun-tahun sudah, gua selalu tewas dengan diri sendiri. Gua tak tewas dengan setan dan iblis, tapi gua tewas dengan nafsu sendiri. Gua mempelajari agama dari kecil sehingga sekarang, walaupun tidak sehebat mana, tapi gua tahu balasan bagi orang yang tidak berpuasa.

Jadi, bagaimana boleh gua melanggar perintah Allah dan buat seperti tiada apa-apa balasan yang akan gua dapat di padang masyar nanti. Jawapannya senang sahaja, gua tidak mengenal diri sendiri lantas tidak langsung mengenali Allah s.w.t Maha Pencipta. Hati gua hitam, walaupun gua mahu berubah.

Allamdullilah, perjalanan hidup mematangkan gua.

Gua semakin hampir dengan NUR. Dugaan yang Maha Esa beri kepada kita adalah ujian untuk kita mengenal  kepadanya. Banyak berfikir tentang perjalanan hidup, membuatkan kita berfikir bahawa semuanya terjadi sudah tertulis dan semuanya mempunyai 1001 hikmah untuk kita mempelajarinya.

Jangan sesekali kita mengeluh tentang dunia. Bersabarlah menerima ujian Allah s.w.t dengan tenang dan redha. Sentiasa tanam di otak, dunia ini hanyalah sebuah persinggahan, sebuah mimpi. Apabila kita memejam mata untuk selamanya, disitulah bermulanya kehidupan sebenar kita.

Insyallah.

Tuesday, July 26, 2011

Kutu Sampah 45

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan ramadhan.

Allamdullilah, gua masih lagi bernafas untuk ramadhan kali ini. Ramadhan tahun ini membuat hati gua berdebar-debar. Sudah lama gua lalai memahami tujuan sebenar gua berada di alam dunia fana ini.

Tahun 2011, banyak mengajar gua tentang kematangan. Inilah tahun yang menjadikan gua sebagai anak lelaki yang merantau untuk mencari rezeki. Dengan gaji yang kecil, gua masih lagi mampu untuk membantu mok dan aboh gua di kampung. Gua bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada gua.

Sudah lama gua tidak membeli baju dan seluar untuk hari raya. Tahun ini gua berazam nak membeli baju gua dan baju adik-adik gua. Gua akan ikat perut demi untuk mengembirakan adik-adik gua.

Insyallah, ramadhan kali ini, gua akan mendoakan mok dan aboh sepanjang malam agar diampunkan dosanya dan dimasukkan kedalam syurga. Insyallah..

Ya, Allah..bantulah aku untuk menjadi orang-orang yang soleh dan jauhkanlah aku daripada maksiat-maksiat di dunia ini.Amin.

Kutu Sampah 44

Allamdulillah,

Akhirnya gua berjaya juga memiliki internet. Atas jasa baik member gua yang telah memberi gua pinjam broadband dia.

Kali ini, barulah gua boleh menulis.

Sungguh indah kehidupan ini, jika mengetahui kehebatan dan keseronokan kehidupan di sana.

Kehidupan azali.

Tuesday, June 14, 2011

Kutu Sampah 43

Gua sekarang berada di bilik berhawa dingin. Sudah hampir sebulan gua menetap di Johor Bharu. Dan itu bermakna sudah hampir sebulan gua tak balik Kuala Lumpur. Dan langsung sudah hampir sebulan gua tak balik Temerloh.

Gua berkerja seperti bangla di tengah kota metropolitan yang lebih rare dari Kuala Lumpur. Bangun seawal pagi dan balik apabila embun jantan turun ke bumi.

Tiada keluhan yang keluar dari hati gua. Siapalah gua untuk mengadili hidup ini. Ikhlas dan sabar, prinsip yang gua pegang selama ini.

Orang melayu kalau sudah berada di atas, jangan harap hendak menghormati orang yang berada di bawah. Inilah lumrah melayu.

Monday, May 2, 2011

Taring Babi 42

Sudah lama tidak menulis.

" lu ni takder life, keje macam bangla" seorang kutu melemparkan kata-kata makian kepada gua.

Gua hanya membalasnya dengan senyuman ikhlas. Cuma gua sendiri kenal siapakah diri gua sebenarnya.

" Gua tengok lu ni keje macam orang gila, tapi kereta buruk pun tak mampu nak beli"

Hanya gua saja yang mengerti.

Masalah akan terus datang menghantui, walaupun kita berusaha untuk lari dari padanya.

Hidup ini kosong. Apa itu kehidupan jika kita tidak tahu siapa diri kita.

Gua tak mempunyai apa-apa di dunia ini. Gadis mahupun harta, semuanya gua tak merasainya. Sejak gua kecil sehinggalah gua besar, gua tak pernah memikirkan semua itu.

Gua di dunia ini hanyalah seorang badut yang cuba melakonkan watak dengan sebaiknya. Skrip telah ditulis, jalan cerita sudah dibuat.

Dosa gua sebesar gunung. Pahala gua hanyalah sebesar kuman. Hidup mesti diteruskan, walaupun gua tahu jalan cerita hidup gua tak akan memenangi apa-apa anugerah.

Ini lah hidup gua. Gua hanya bergantung kepada pengarah yang mewujudkan watak gua.

Sunyi?

Gua tidak mengerti apa itu makna sunyi. Gua sudah lali memainkan watak seorang diri sejak kecil tanpa kewujudan pelakon-pelakon lain.

Gua bersyukur.

Sunday, February 13, 2011

Kutu Sampah 41

Gua semakin sibuk.

Sibuk dengan scene punk.
Sibuk dengan scene kereta.
Dan yang paling sibuk adalah dengan scene ubat.

Pergh..macam mana ni. Esok gua nak pergi ke kelas bahasa inggeris. Gua nak blah dari sini. Gua nak pergi Holland. Amacam.

Mana matlamat hidup gua. Letih..

Tuesday, February 8, 2011

Kutu Sampah 40

Kenapa badan orang malaysia tak best.

Semua gemuk, takder pattern. Kalau kurus, gua boleh terima, sebab rokers. Bagi lelaki lah.
Kalau perempuan tak cantik.

Semua malas bersenam, sebab itu lah tak cantik.

Friday, February 4, 2011

Kutu Sampah 39

Tahun Baru Cina 2011, tahun Arnab. Orang cina kata, tahun ini banyak ong.

Gua menyambut perayaan cina ini di kampung. Wan gua orang cina, tapi gua tak pernah nampak wan gua pakai cheom sam. Pakai baju warna merah pun gua tak pernah nampak.

Bila balik cuti panjang ini, banyaklah jumpa kawan-kawan yang merantau di negeri orang. Semuanya nampak segak dengan kereta masing-masing. Ada juga yang menayangkan bini baru dan ada juga yang mengajak ke kenduri kahwin. Haha, semuanya telah berubah, cuma gua saja yang masih sama. Masih tidak berharta, masih tidak mempunyai awek, masih tidak mempunyai rambut dan masih tidak mempunyai akhlak yang baik.

Gua masih berusaha mengenal hakikat diri sendiri sebelum gua bagi komitmen kepada orang lain. Itu matlamat gua.

Jika orang itu masih tidak kenal dirinya sendiri, bagaimana dia hendak memberi kasih sayang kepada orang lain dan bagaimana dia hendak mengenal Allah.

Setiap orang mempunyai jalan yang berbeza untuk mengenal diri sendiri. Oleh sebab itulah kita harus bersabar dan berusaha untuk mengenal diri sendiri, lantas berusaha mengenal Allah s.w.t.

Thursday, January 27, 2011

Kutu Sampah 38

Gua nak tulis pengalaman gua masuk sekolah berasrama di Kuantan. Bukannya sekolah berasrama penuh, dan bukan juga MRSM dan jauh sekali sekolah agama. Tetapi di sekolah teknik. Sekolah yang mengajar subjek-subjek kemahiran hidup. Dan gua mengambil aliran mekanikal. Pilihan tersebut dibuat oleh aboh gua. Ketika mengisi borang nak masuk sekolah teknik, aboh kata ambil yang paling atas. Ketika itu, mekanikal terletak di atas sekali. Ha ha ha. Memang ganjil.

Gua akan cuba habiskan cerita ini secara berkala. Insyallah.





Tahun 2001

Keadaan agak kelam kabut pada pagi itu. Mok tengah sibuk memasak nasi goreng, lebihan nasi yang tidak habis malam semalam. Aboh tengah memanaskan enjin kereta. Gua tengah sibuk memeriksa barang yang hendak dibawa.

" moh, cepat sikit. Pergi letak barang dalam kete, karang lambat dapat bilik burok pulak " mok menyuruh gua bergerak pantas. Mana taknya, setiap dua minit, gua akan bercakap dan mengusap kepala kucing. Terasa berat nak berpisah dengan teman sepermainan gua.

Kereta proton saga yang dibeli tahun lepas dari pakcik gua meluncur laju menuju ke kuantan. Aboh dan mok tak habis-habis memberi nasihat kepada gua di dalam kereta. Gua hanya mengangguk-gangguk, padahal fikiran gua melayang jauh  memikirkan alam baru yang bakal gua tempuhi nanti.

" Aok jangan buat jahat, jangan ikut orang hisap rokok " mok terus mengucapkan perkataan itu beribu-ribu kali.

Akhirnya, gua sampai juga di Kuantan. Gua memang jarang ke Kuantan. Kalau ke Kuantan pun sebab pergi tengok bola kat stadium. Aboh dan aki gua memang peminat fanatik pasukan Pahang. Sama juga seperti gua, peminat fanatik pasukan Pahang.

Gua hulurkan kepala ke luar tingkap, menghirup udara pantai Telok Cempedak. Sekolah baru gua terletak dekat dengan pantai Telok Cempedak.

" Moh kita pergi ambil angin laut dulu, pastu baru pegi daftar "  aboh melencongkan kereta second hand nya ke Pantai Telok Cempedak.

Tambah aboh lagi " Bukan senang nak ke Kuantan, ha ha ha, pergi laut dulu. Yelah, orang sungai nak juga berjumpa dengan laut, ha ha ha "

Mok buat tak endah. Muka mok kelihatan risau, takut gua terlepas daftar.

" lambat daftar karang dapat bilik burok. Moh lah gi daftar dulu " mok gua memberi nasihat kat aboh gua.

Seperti biasa, keluarga melayu tradsional. Seorang isteri hanya boleh memberi nasihat tetapi suami saja yang boleh membuat keputusan dan setiap keputusan mesti dipatuhi tanpa sebarang bantahan.

" dok..yer...sempat.." sahut aboh kesenggihan menampakkan giginya yang telah patah.

Sunday, January 2, 2011

Kutu Sampah 37

" bangun, bangun, bangun! " suara mok memecah keheningan pagi.

" kawan aok datang tu. Bangun subuh malas, tahu nak berjalan jer "

Siapa pulok yang berani kacau tidur gua pagi-pagi buta ni. Gua terus bingkas bangun, semangat nak bagi penerajang meluap-luap.

" hah, mende hal nyer, aok datang rumah kawwan pagi-pagi buta cam ni "

" aok kene tolong koi hari ini. Moh teman koi gi Shah Alam. Koi tak tahu nak gi sane " kutu kampung keje gomen bercakap dengan asap penuh di mulut. Setiap patah perkataan, keluar sedikit demi sedikit asap sehinggalah ke akhir ayat.

" mende pandir nyer aok ni, hari minggu nak gi sane. Kawwan ingat aok nak ngajok pergi pekan sari, ade juge manfaatnya "

" wei, dari kecik sampai ke tua, dah jenoh dah wei pegi pekan sari. Koi ngajok aok ni sebab koi nak angkat kete baru kat Shah Alam "

Gua terus masuk rumah, mandi lebih kurang, minum air teh segelas.

***
Dalam kereta.

" aok ni ngape gile sangat, aok baru angkat kete tak sampai seminggu, pastu nak angkat kete lain pulok "

" koi nak trade in kete ni, tak best. Ada doktor gigi nak tolak kete paling rare kat malaysia. Koi cuma tambah sikit jer duit lagi "

***

Di Shah Alam.

Urusan jual beli lancar.

***

Dalam perjalanan balik.

" amacam kete baru koi " nada suara kutu kampung yang bangga mendapat kereta idamannya.

" terbaik, lu memang otai " gua bagi sokongan moral. Malas gua nak rosakkan mood dia.

" haha, koi dari dulu lagi memang otai sebab koi ade saka otai " kutu kampung semakin berlagak sambil memandang muka gua, dia tekan minyak macam setan.

" dah, dah, pandang depan tu, bawa kete dah macam babi. Berhenti mana-mana kedai makan, belanja koi makan "


Kutu kampung tersengih di sepanjang perjalanan.