Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Friday, December 16, 2011

Punk Muslim Di Tanah Melayu 1

Di sebuah rumah kampung yang terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur, aku tinggal bersama seorang sahabat yang telah menemani aku sejak kecil. Din adalah seorang sahabat yang sangat rapat dengan aku. Dibesarkan bersama-sama di sebuah kampung yang terletak di hujung Pahang. Din adalah anak yatim, orang tua nya sudah lama meninggal dunia ketika dia masih bayi akibat dibaham harimau sewaktu keluar menoreh. Sejak itu, Din dijaga oleh neneknya. Rumah nenek Din tidak jauh dari rumah aku, hanya beberapa kangkang kera sahaja jaraknya. Aku dan Din sering menghabiskan waktu kecil sebagai budak kampung yang sejati. Apa yang budak kampung tahun 30-an di tanah melayu bermain, itulah juga permainan aku dan Din bermain.

Aku dan Din sudah berhijrah ke Kuala Lumpur hampir lima tahun. Ini bermula sejak, aku berjaya menyambung pelajaran ke menara gading di ibukota bangsat ini. Din pula, sejak kematian neneknya, telah berhijrah bersama-sama aku ke sini.

Owh, rancak bercerita tentang Din, sehingga aku hampir lupa memperkenalkan diri aku. Nama aku Kids, latarbelakang aku tidak payahlah aku cerita, kerana aku bukannya seorang artis yang hina mahupun pemimpin bingai yang ingin menonjol-nonjol. Cukuplah, sekadar mengenal aku sebagai anak punk muslim dari tanah melayu.

No comments:

Post a Comment