Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Sunday, February 19, 2012

Kutu Sampah 55



Sudah lama tidak meng-update blog usang ini. Sepanjang dua bulan ditahun 2012 ini, banyak perkara yang gua hadapi dan pelbagai cara gua menghadapinya.

Latar belakang hidup gua tidak sama seperti kebanyakan muda-mudi di Malaysia. Gua bukanlah tergolong dari golongan yang baik-baik. Banyak kemungkaran dan kedaifan yang gua lakukan sepanjang gua bernafas di atas muka bumi ini. Sering kali tersilap langkah dan sering kali gua diberi petunjuk untuk kembali semula ke pangkal jalan. Semua ini membuatkan gua semakin tabah dan tenang. Gua semakin dekat untuk memahami apa itu manusia dan semakin kuat keyakinan gua kepada Allah s.w.t.

Gua ditiupkan roh oleh Allah s.w.t dan diturunkan dimuka bumi ini adalah untuk menghadapi ujian dari Allah s.w.t. Semakin berjaya gua menghadapi ujian tersebut, semakin gua dekat dengan pencipta gua iaitu Allah s.w.t.

Sebaik sahaja lahir dimuka bumi ini, gua menangis sekuat-kuat hati. Gua melalui zaman kecil dengan tidak langsung memahami apa ertinya hidup diatas muka bumi ini. Di zaman persekolahan, hidup gua hanyalah bermain dan mengulangkaji pelajaran. Selepas habis sahaja di alam persekolahan, gua mencari kehidupan di universiti. Disitu juga tidak dapat mencari erti kehidupan yang sebenar kerana gua hanya belajar untuk mendapatkan ijazah dan kerja selepas tamat belajar. Masuk alam pekerjaan, gua baru memahami erti kehidupan yang sebenar. Di dalam tempoh dua tahun, gua sudah bertukar kerja sebanyak tujuh kali. Sedikit demi sedikit ilmu kehidupan gua belajar.

Akhirnya, gua belajar bahawa kehidupan ini bukanlah tempat untuk kita mengumpul apa-apa sahaja tentang dunia seperti kekayaan, nama, pangkat, isteri yang cantik dan lain-lain lagi. Kita ditiupkan roh oleh Allah dan diturunkan di bumi adalah untuk menerima ujian dari Allah s.w.t. Semakin kita berjaya menghadapi ujian dari Allah, semakin hubungan kita dengan-Nya semakin hampir. Apa yang kita peroleh darinya adalah sebuah hati yang tenang dan syurga di akhirat nanti.