Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Friday, December 31, 2010

Kutu Sampah 36

Malam ini sungguh sepi. Jam menunjukkan pukul 12.54 minit pagi. Ini bermakna sudah 54 minit melangkah ke tahun baru.

Kembali semula ke tahun 2010 pada pukul 8.30 malam. Aboh gua menyuruh gua pergi beli mee sup sebab dia lapar dan penyebabnya mok gua tiada di rumah kerana menolong orang kenduri. Sambil menunggu mamat siam masak mee sup, gua lepak dengan kutu kampung jual temberang. Sambil jual temberang, kutu kampung jual usin. Gua selup poket seluar, yang keluar hanya duit lebih beli mee sup, 2 ringgit. Tak jadi angkat usin.

Ke belakang lagi iaitu pada pukul 6.00 petang, gua mengeteh dengan seorang kutu kampung yang bekerja gomen. Kutu kampung ini baru angkat kereta AE92 Toyota. Dia beli hasil jual tanah haram. Senang jer hidup kutu kampung ni, keje di pejabat tanah, senang jer nak tahu mana-mana tanah kosong. Dia ajak gua naik kereta baru. Bawa macam babi, cemas tak langgar orang tua nak melintas jalan.

Ke depan sedikit iaitu pada pukul 7.30 petang, gua pergi ke kedai buku. Gua nak beli diari, nak mulakan kembali apa yang aboh gua ajar sejak kecil. Dua kedai buku dan akhir sekali gua ke The Store, masih tidak jumpa diari yang gua mahukan. Kebanyakan diari sekarang penuh dengan lukisan kartun. Yang takde lukisan karton, harga serupa gampang. Gua balik terus ke rumah.

Anjak semula ke depan iaitu pada pukul 11.00 malam, seorang kutu kampung yang bekerja di Kuala Lumpur menelefon. Dia suruh gua check maklumat mengenai dinar Iraq. Setelah gua check dengan teliti, gua suruh dia labur duit hasil judi yang dia menang. Tak silap gua ada dalam berbelas ribu, kutu kampung ni menang. Kalau untung, gua nak kereta sebiji.

Menjelang tahun baru iaitu pada pukul 11.59 minit malam, gua berada di atas katil bermain komputer sambil rokok di mulut tidak putus-putus.

Dan yang terbaru, pukul 1.16 minit pagi, seorang kutu kampung ajak gua mengeteh. Malas gua nak keluar. Gua rasa seronok terlantar di atas katil.

Kutu Sampah 35

Tengahari tadi, gua pergi ke kedai Pak Mat beli rokok. Dan macam biasa, kalau gua pergi ke kedai Pak Mat, gua akan membelek-belek surat khabar.

" hah, cer aok tengok surat khabor tu, haram jadah, satu pun takde orang beli " Pak Mat menunjukkan jarinya ke arah surat khabar Utusan dan Berita Harian.

Gua kesengihan sambil menghembuskan asap rokok.

" haha, mat belia 4B, mat skema dengan ketua kampung jer beli, Pak Mat. Mana zaman dah orang baca surat khabor Utusan dengan Berita Harian " Gua membalas jawapan Pak Mat dengan kuat, ketika itu seorang anggota RELA baru masuk ke kedai.

Mamat RELA tu pandang muka tak puas hati kat gua. Mampus lu lah, gua peduli mende.

Wednesday, December 29, 2010

Kutu Sampah 34

Malaysia. Singkatan nama daripada bahasa inggeris, Malay dan Asia. Apakah ada melayu yang berasal dari Eropah, atau dari Tanah Afrika.

Bendera Malaysia berjalur putih dan merah sebanyak empat belas menunjukkan kepada dunia bahawa di Malaysia mempunyai empat belas negeri dan mempunyai empat belas raja, empat belas pemaisuri, empat belas ketua menteri dan empat belas mufti. Apakah melayu sukar bersatu walaupun sesama melayu.

Lagu kebangsaan Malaysia sungguh asyik untuk dinyanyikan. Tetapi, mengapakah ada tiga versi. Berasal dari France, dan dibawa ke Indonesia. Setelah itu, rakyat Indonesia yang bekerja sebagai buruh binaan membawanya ke Malaysia. Sungguh jauh perjalanan lagu ini.

Dahulunya, rakyat Malaysia menjadikan pertanian sebagai ekonomi negara. Aturannya cukup mudah, jika rajin berbakti kepada tanah atau haiwan ternakan, sesebuah keluarga itu akan cukup makan dan anak-anaknya boleh ke sekolah untuk menimba ilmu. Tapi, sekarang kenapa negara Malaysia menukar sumber ekonominya ke arah negara perindustrian. Kenapa harus Malaysia mengikuti negara-negara kapitalis yang kini semakin asyik menyeksa rakyat-rakyatnya. Islam mengajar kita untuk mengejar kejayaan bukannya mengejar harta benda. Membina kemudahan-kemudahan untuk golongan-golongan atasan dan tengahan untuk menindas golongan bawahan.

Agama rasmi Malaysia adalah Islam. Kerana atas nama Islam lah, rakyat Malaysia yang berbangsa melayu dan beragama Islam terus ditipu, ditindas dan terus diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin Melayu Islam. Jika membuat sesuatu perkara, semuanya mengunakan nama Islam. Tetapi kenapa, perkara asas iaitu menutup aurat tidak diperjuangkan dahulu.

Indonesia sudah mengerakkan usaha mereka untuk melawan kemiskinan. Malaysia mungkin lambat lagi.

Siapa lagi yang harus mengerahkan tenaga untuk melawan penindasan ini jika bukan anak-anak muda. Tapi, kecewa kerana anak-anak muda yang sanggup berjuang terlalu sesikit jumlahnya. Ramai yang terlalu asyik dengan dunia mudanya, merempit, seks, dadah. Bagi yang rajin menelaah buku, sudah tentu hanya memikirkan jalan untuk menjadi golongan kelas atasan.

 Anak-anak punk di Malaysia semakin hari semakin cuba untuk menjadi seperti selibiriti. Lupa apa itu maksud hidup seorang anak punk. Punk hidupnya memberontak bukannya menjadi pak turut. Walaupun kawan-kawan, sedara mara atau adik beradik, seorang anak punk harus bangun memberontak jika perkara itu sesuatu benda yang mempunyai unsur-unsur jahat. Kenapa harus kita mengamalkan budaya sopan santun yang tiada gunanya. Bukannya mendapat banyak pahala jika bersopan santun seperti Pak Kaduk.

Tapi, bagi anak-anak punk yang masih berjuang atas landasan yang betul, gua ucapkan tahniah. Viva Anarki.

Bersederhana bukanlah masalah. Jadi kenapa harus kita membantu mereka yang tidak suka kepada kesederhanaan.

Lawan Kemiskinan.

Sunday, December 26, 2010

Kutu Sampah 33

Hari Jumaat yang lepas, gua masuk hutan. Tak berapa nak hutan sangat, sebab boleh dengar eksos kereta dan paling bangsat sekali budak umur empat tahun ada mandi di tepi khemah gua.

Sebenarnya, gua malas nak berkhemah-khemah ni. Selalunya, kalau gua masuk hutan, sebelum subuh gua dah masuk dan apabila lewat petang, gua dah keluar. Senang, tak payah bawa khemah, bawa roti dengan nasi lemak sepuluh bungkus.

Tapi, ada bagusnya juga gua pergi berkhemah dengan kutu rayau baru-baru ni. Darah kotor gua banyak kena sedut dan ini maknanya gua tengah dalam keadaan suci.

Masa gua tidur, seekor pacat telah menghisap darah kedua-dua belah kaki gua. Dan bila gua bangun, pacat tu tengah berbaring kekenyangan di sebelah muka gua.

Gua pandang pacat tu. Pacat tu pandang gua balik.

Gua senyum dekat dia. Pacat tu senyum kat gua balik.

Gua ambil pacat dan letakkan dia kat luar khemah dengan sopan.

Pacat memandang gua dengan sayu dan mengangguk-angguk kepalanya tanda beterima kasih dan mengucapkan selamat tinggal.

Gua masuk balik ke dalam khemah dan sambung semula tidur. Hukum alam rimba.

Tuesday, December 21, 2010

Kutu Sampah 32

Di rumah kutu kampung, gua mati kebosanan. Tiada komputer, apatah lagi internet. Cuma yang ada hanyalah sebuah TV besar yang dilengkapi dengan ASTRO. Babi, gua mana into layan cerita kat TV. Paling lama sejam.

Jadi, gua memutuskan untuk mencuba nasib di sebuah cyber cafe.

Gua menang. Tak banyak, cuma RM 50.

Cukup untuk gua berhibur di jalanan malam ini.

Kutu Sampah 31

Minggu lepas yang lalu.

***

Dalam perbualan telefon gua bersama kutu kampung.

" ello, aok kat maner " kutu kampung

" gua ada kat ampang, ngape? " gua

" bagus, aok nak kerja dok, tempat koi ada kosong. Gaji basic Rm 1500, campur O.T boleh cecah seribu lapan. Keje senang, check kete Proton jer " kutu kampung

" care, koi nak keje tu. Minggu depan koi start, koi nak balik temerloh dulu ambil kain baju " gua

****

Hari pertama gua datang ke tempat keje.

Penuh kereta Proton yang gua mesti check. Gua sahut cabaran.


***

Perbualan dengan tauke tempat gua keje.

" betul, awak nak keje sini. Keje tempat panas " tauke

" betul, tuan. Saya nak cari duit buat pergi haji " gua

" bagus, anak muda zaman sekarang " tauke

Gua senyum lebar bila di puji.

" Ok, esok awak start keje. Gaji basic Rm750.00, setuju " tauke

Gua terdiam. Hati panas. Gua kena kencing dengan kutu kampung. Perasaan bercampur serba salah.

Hari esoknya, gua masih tidur dengan puas.

Hari lusanya, gua masih tidur dengan kepuasan.

Babi. Gua tak tahu nak buat macam mana. Kutu kampung dah mula buat muka taik.

" aok jangan buat malu koi. Koi dah tolong aok tu " kutu kampung bersuara sambil memuncung mulut

Gua pandang kutu kampung. Geram nak bagi penerajang kat muka. Babi.

Saturday, December 18, 2010

Kutu Sampah 30

Hari esok, gua akan mulakan perjalanan hidup yang baru. Gua akan ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.

Allamdulilah, gua akan bekerja dengan budak kampung gua. Walaupun, kerja yang tak sama apa yang gua belajar dulu, gua terima dengan hati terbuka.

Gua tidak akan sesekali memikirkan masa yang lalu dan masa depan. Gua mahu teruskan kehidupan.

Orang yang memikirkan masa yang lalu adalah orang gila. Tidak mungkin kita boleh kembali ke masa yang lalu untuk membetulkan kesilapan kita. Biarkan masa lalu berlalu dengan tenang. Anggaplah itu semua jalan hidup kita di atas muka bumi ini. Biarpun pahit, ia adalah kehidupan.

Orang yang memikirkan masa depan adalah orang bodoh. Merancang itu harus, tetapi untuk menjadikan ia satu realiti adalah perkara yang bodoh. Biarkan takdir yang menetapkan jalan hidup kita. Bukanlah ertinya, kita tidak perlu berusaha, tetapi cukuplah matlamat itu tidak mengaburi realiti kehidupan kita. Alangkah bodohnya, orang yang memikirkan bahawa dia akan hidup untuk hari esok.

Jadi, gua hanya akan memikirkan masa sekarang. Walaupun perit, pedih dan kelihatan seperti orang bodoh, gua akan harunginya dengan senyuman. Gua serahkan semuanya kepada Tuhan yang Maha Kuasa.

Jika gua ditakdirkan menerima kesedihan, kecewaan dan kegagalan di dunia atau di akhirat, gua terimanya dengan Redha. Siapa lah gua.

Sejak gua keluar dari perut mok, gua menangis. Ketika gua berumur anak-keanakan, gua diajar kemiskinan. Ketika gua berumur sekolah rendah, gua diajar kesusahan. Ketika gua berumur remaja, gua diajar kebencian. Ketika gua berumur dewasa, gua diajar kebodohan. Ketika gua berumur atas dewasa, gua diajar kegagalan. Ketika gua berumur dewasa tua, gua masih menanti pengajaran apa yang bakal gua belajar.

Ikhlas dalam kehidupan. Biar apa yang berlaku, ikhlas dalam perjuangan kehidupan.

Sunday, December 12, 2010

Kutu Sampah 29

Orang di Malaysia ramai meminati EPL.

Gua meminati LA LIGA.

Perbezaan ketara.

Orang yang meminati EPL, tak perlu bersekang mata.

Gua yang meminati LA LIGA, terpaksa bersekang mata.

Itulah sebabnya, gua tak tidur malam dan berjaga sehingga pagi.

Ketika peminat EPL bangun pagi untuk pergi ke tempat kerja, gua peminat La LIGA akan bersiap-siap untuk ke tempat tidur.

Gua berbeza dengan orang Malaysia.

Wednesday, December 8, 2010

Kutu Sampah 28

Gua menulis untuk ilmu.

Gua membaca untuk ilmu.

Masa berlalu pergi tanpa gua sedari.

Untuk apa semua hidup ini.

Untuk deritakah, buat gua seorang.

Jalan cerita sudah dibuat. Tidak perlu gua menyeksa diri. Hanya lalui dan hadapinya sahaja.

Sememangnya, jalan yang ghaib itu lebih seronok ditempuhi daripada jalan yang sudah diketahui ceritanya.

Rokok gua sudah habis. Duit tiada. Kuasa untuk mengpow rokok pun tiada.

Gua hanyalah hambaNya.

Monday, December 6, 2010

Kutu Sampah 27

Hari ini gua nak memulakan perjalanan hidup yang baru.

Gua nak bangkit semula.


ps- sokmo gitu, paling lama dua hari penuh bermotivasi.

Sunday, December 5, 2010

Kutu Sampah 26

Teringat waktu belajar.

Satu kelas dengan Saiful Liwat.

Dia selalu duduk depan. Kerap bertanya soalan kepada pensyarah. Lagaknya seperti orang yang memang berminat dengan ilmu.

Tapi, malang. Result exam dia selalu teruk, malahan lebih teruk dari gua yang tak pernah pergi ke kelas.

Gua pelik, macam mana dia begitu bangang. Kelas tak pernah ponteng, pakai baju smart-smart, tetapi selalu gagal.

Akhirnya, gua jumpa jawapan.

Jubor Saiful Liwat begitu pejal dan montok. Mungkin dia terlalu sibuk dengan aktiviti di lorong Haji Taib sehingga terlupa untuk menelaah pelajaran.

Apa Daaa.......

Saturday, December 4, 2010

Kutu Sampah 25

Terkenang semula cerita debat tentang kenaikan minyak antara Anwar Ibrahim dengan Mulut Berbuih.

Mulut Berbuih " Sekarang kita berdebat tentang minyak, jangan libatkan benda lain. Apa kena mengena kenaikan minyak dengan kenaikan elektrik "

Gua ketawa berdekah-dekah sambil berguling-guling.

Bodoh punya Menteri Melayu.

Friday, December 3, 2010

Kutu Sampah 24

Labour of  Hate - Carburetor Dung

Gua mainkan berulang kali selama tiga jam.

Gua membesar dengannya. Inilah kehidupan.

Gua rindu dengan kawan-kawan sampah. Dimana kah mereka...

Thursday, December 2, 2010

Kutu Sampah 23

Telefon masih lagi tidak berbunyi.

Gua memandang telefon dengan seribu harapan.

Gua sabar dan redha. Mungkin tiada rezeki.

Insyallah.

Kutu Sampah 22

Enam tahun yang lepas.

Gua terpandang satu lukisan yang sangat cantik di sebuah zine.

Sebelum ini, gua mencari duit secara kecil-kecilan dengan chop baju secara tradisional. Bukan dengan cara moden.

Cari gambar di zine atau lukis sendiri. Lepas itu, gua akan duduk berjam-jam menoreh gambar tersebut. Akhir sekali baru gua dye baju tersebut. Hasilnya sudah tentu tak secantik dari yang moden. Tapi. ketidaksempurnaan itu cantik bagi anak-anak sampah. Gua dah melakukan kerja ini sejak gua di tingkatan satu lagi.

Tapi, lukisan yang gua pandang kali ini sangat cantik. Rugi rasanya jika di chop atas baju.

" mok, koi ade bende nak cakap ni "

" amende "  mok menyahut sambil menebas lalang di belakang rumah.

" koi ingat nak buat tatu kat belakang badan koi ni, baru nampak seni sikit "

" buatlah kalau aok dah lama hidup "

Mok tunjuk parang.

Kutu Sampah 21

Tiada guna menjadi anak punk jika menjadi pak turut.

Tiada guna menjadi anak punk jika tidak mempertahankan nasib orang lain.

Tiada guna menjadi anak punk jika diri ditebali dengan rasa bangga melawan Islam.

Kutu Sampah 20

Siapa yang berada di Selangor, pergilah demo di Masjid Negara.

Demo menentang kerajaan yang zalim, kerajaan yang menolak hukum islam.


Saat langit berwarna merah saga,
Dan kerikil perkasa berlarian,
Meluncur laksana puluhan perluru,
Terbang bersama teriakan Takbir,

Semua menjadi saksi,
Atas langkah keberanianmu,
Kita juga menjadi saksi,
Atas keteguhanmu,

Ketika yahudi-yahudi membantaimu,
Merah berkesimbah di tanah air mu,
Mewangi harum genangan darahmu,
Membebaskan bumi jihad Palestina,

Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa,
Syahid dalam cintaNya.

Kutu Sampah 19

Hujan turun dengan lebat sekali. Bulan ini musim tengkujuh.

Gua masih di gym rakyat, menunggu hujan berhenti.

Jam menunjukkan pukul 7.30. Gua mengambil keputusan untuk meredah hujan.

Sampai dirumah, kelihatan kelibat aboh dibelakang dapur memandang hujan yang turun. Dari riak mukanya, gua tahu dia sedih. Gua berjalan ke arah dia.

" tolong ambil zink kat tepi tu, hujan lebat sangat, melimpah masuk rumah " aboh menyuruh gua mengambil atap zink yang berada di tepi longkang.

Itulah aboh. Dia tidak menunjukkan yang dia sayang kat gua, tapi gua tahu sebaliknya dia sangat sayang dengan anak-anaknya. Aboh gua sangat garang, sepatah perkataan gua bertanya, sepatah perkataan juga dia membalas.

Gua masuk ke rumah, kelihatan mok baru sudah selesai menunaikan solat maghrib. Gua menuju ke bilik air.

Selepas menunaikan fardu solat, gua terpandang wajah mok gua. Kelihatan merenung jauh sambil menjahit baju.

Gua menitiskan airmata. Gua bawa al-quran masuk ke bilik. Gua cuba menenangkan hati dengan membacanya.

Hujan masih lagi turun dengan lebat. Kedengaran bunyi hujan menimpa-nimpa atap zink.

Gua tak menyesal dan gua tak pelik dengan harta benda . Tapi, kesilapan besar gua lahir di bumi adalah membuat aboh dan mok sedih.

Gua mengesat air mata.

Wednesday, December 1, 2010

Kutu Sampah 18

Seorang kutu memberi nasihat kepada gua.

" Lu kena ubah pael, makan kena bayar. Benda itu nanti jadi darah daging "

Gua sambut nasihatnya dengan senyuman yang nipis.

Dua tiga hari berlalu. Nasihat dia berlegar dalam kepala gua.

" Gua nekad, gua nak bayar semua makanan yang gua tak bayar selama bertahun-tahun " hati gua berbunyi sayu.

Insyallah.

Kutu Sampah 17

Waktu umur gua sembilan tahun, gua masih dengan puting susu.

" Cuba baca ni " aboh gua suruh baca tajuk muka depan surat khabar

Gua geleng kepala dan gua masih dengan puting susu

" Pang "

Satu terjahan keras ke muka gua.

Gua mula pandai membaca ketika umur gua sepuluh tahun. Agak ketinggalan dengan rakan-rakan sebaya.

Gua sibuk bermain basikal, bola, layang-layang, panjat pokok, main polis tentri, tangkap ikan laga, main gasing, main galah panjang, main cop tiang, main bedil, buli budak hingusan.

Setelah pandai membaca, gua menjadi peminjam buku paling banyak di perpustakaan Temerloh. (dapat sijil penghargaan)

Gua lupa untuk menelaah pelajaran. Gua terlalu asyik membaca cerita-cerita dongeng, fiksyen sains, bab-bab agama, novel omputih yang di translate jadi bahasa melayu, buku latihan bola sepak.

Sejak dari itu, gua di train oleh aboh gua menulis diari.

Sekarang, hanya aboh gua yang tetap menulis diari.

Gua menulis di blog.