Hari esok, gua akan mulakan perjalanan hidup yang baru. Gua akan ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.
Allamdulilah, gua akan bekerja dengan budak kampung gua. Walaupun, kerja yang tak sama apa yang gua belajar dulu, gua terima dengan hati terbuka.
Gua tidak akan sesekali memikirkan masa yang lalu dan masa depan. Gua mahu teruskan kehidupan.
Orang yang memikirkan masa yang lalu adalah orang gila. Tidak mungkin kita boleh kembali ke masa yang lalu untuk membetulkan kesilapan kita. Biarkan masa lalu berlalu dengan tenang. Anggaplah itu semua jalan hidup kita di atas muka bumi ini. Biarpun pahit, ia adalah kehidupan.
Orang yang memikirkan masa depan adalah orang bodoh. Merancang itu harus, tetapi untuk menjadikan ia satu realiti adalah perkara yang bodoh. Biarkan takdir yang menetapkan jalan hidup kita. Bukanlah ertinya, kita tidak perlu berusaha, tetapi cukuplah matlamat itu tidak mengaburi realiti kehidupan kita. Alangkah bodohnya, orang yang memikirkan bahawa dia akan hidup untuk hari esok.
Jadi, gua hanya akan memikirkan masa sekarang. Walaupun perit, pedih dan kelihatan seperti orang bodoh, gua akan harunginya dengan senyuman. Gua serahkan semuanya kepada Tuhan yang Maha Kuasa.
Jika gua ditakdirkan menerima kesedihan, kecewaan dan kegagalan di dunia atau di akhirat, gua terimanya dengan Redha. Siapa lah gua.
Sejak gua keluar dari perut mok, gua menangis. Ketika gua berumur anak-keanakan, gua diajar kemiskinan. Ketika gua berumur sekolah rendah, gua diajar kesusahan. Ketika gua berumur remaja, gua diajar kebencian. Ketika gua berumur dewasa, gua diajar kebodohan. Ketika gua berumur atas dewasa, gua diajar kegagalan. Ketika gua berumur dewasa tua, gua masih menanti pengajaran apa yang bakal gua belajar.
Ikhlas dalam kehidupan. Biar apa yang berlaku, ikhlas dalam perjuangan kehidupan.
'Orang yang memikirkan masa yang lalu adalah orang gila.' dan 'Orang yang memikirkan masa depan adalah orang bodoh.'
ReplyDeletekah kah kah kah!
takde ucapan yang lebih bagus dari ketawa berdekah.
kah kah kah
ReplyDeleteseram