Malaysia. Singkatan nama daripada bahasa inggeris, Malay dan Asia. Apakah ada melayu yang berasal dari Eropah, atau dari Tanah Afrika.
Bendera Malaysia berjalur putih dan merah sebanyak empat belas menunjukkan kepada dunia bahawa di Malaysia mempunyai empat belas negeri dan mempunyai empat belas raja, empat belas pemaisuri, empat belas ketua menteri dan empat belas mufti. Apakah melayu sukar bersatu walaupun sesama melayu.
Lagu kebangsaan Malaysia sungguh asyik untuk dinyanyikan. Tetapi, mengapakah ada tiga versi. Berasal dari France, dan dibawa ke Indonesia. Setelah itu, rakyat Indonesia yang bekerja sebagai buruh binaan membawanya ke Malaysia. Sungguh jauh perjalanan lagu ini.
Dahulunya, rakyat Malaysia menjadikan pertanian sebagai ekonomi negara. Aturannya cukup mudah, jika rajin berbakti kepada tanah atau haiwan ternakan, sesebuah keluarga itu akan cukup makan dan anak-anaknya boleh ke sekolah untuk menimba ilmu. Tapi, sekarang kenapa negara Malaysia menukar sumber ekonominya ke arah negara perindustrian. Kenapa harus Malaysia mengikuti negara-negara kapitalis yang kini semakin asyik menyeksa rakyat-rakyatnya. Islam mengajar kita untuk mengejar kejayaan bukannya mengejar harta benda. Membina kemudahan-kemudahan untuk golongan-golongan atasan dan tengahan untuk menindas golongan bawahan.
Agama rasmi Malaysia adalah Islam. Kerana atas nama Islam lah, rakyat Malaysia yang berbangsa melayu dan beragama Islam terus ditipu, ditindas dan terus diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin Melayu Islam. Jika membuat sesuatu perkara, semuanya mengunakan nama Islam. Tetapi kenapa, perkara asas iaitu menutup aurat tidak diperjuangkan dahulu.
Indonesia sudah mengerakkan usaha mereka untuk melawan kemiskinan. Malaysia mungkin lambat lagi.
Siapa lagi yang harus mengerahkan tenaga untuk melawan penindasan ini jika bukan anak-anak muda. Tapi, kecewa kerana anak-anak muda yang sanggup berjuang terlalu sesikit jumlahnya. Ramai yang terlalu asyik dengan dunia mudanya, merempit, seks, dadah. Bagi yang rajin menelaah buku, sudah tentu hanya memikirkan jalan untuk menjadi golongan kelas atasan.
Anak-anak punk di Malaysia semakin hari semakin cuba untuk menjadi seperti selibiriti. Lupa apa itu maksud hidup seorang anak punk. Punk hidupnya memberontak bukannya menjadi pak turut. Walaupun kawan-kawan, sedara mara atau adik beradik, seorang anak punk harus bangun memberontak jika perkara itu sesuatu benda yang mempunyai unsur-unsur jahat. Kenapa harus kita mengamalkan budaya sopan santun yang tiada gunanya. Bukannya mendapat banyak pahala jika bersopan santun seperti Pak Kaduk.
Tapi, bagi anak-anak punk yang masih berjuang atas landasan yang betul, gua ucapkan tahniah. Viva Anarki.
Bersederhana bukanlah masalah. Jadi kenapa harus kita membantu mereka yang tidak suka kepada kesederhanaan.
Lawan Kemiskinan.
No comments:
Post a Comment