Hujan turun dengan lebat sekali. Bulan ini musim tengkujuh.
Gua masih di gym rakyat, menunggu hujan berhenti.
Jam menunjukkan pukul 7.30. Gua mengambil keputusan untuk meredah hujan.
Sampai dirumah, kelihatan kelibat aboh dibelakang dapur memandang hujan yang turun. Dari riak mukanya, gua tahu dia sedih. Gua berjalan ke arah dia.
" tolong ambil zink kat tepi tu, hujan lebat sangat, melimpah masuk rumah " aboh menyuruh gua mengambil atap zink yang berada di tepi longkang.
Itulah aboh. Dia tidak menunjukkan yang dia sayang kat gua, tapi gua tahu sebaliknya dia sangat sayang dengan anak-anaknya. Aboh gua sangat garang, sepatah perkataan gua bertanya, sepatah perkataan juga dia membalas.
Gua masuk ke rumah, kelihatan mok baru sudah selesai menunaikan solat maghrib. Gua menuju ke bilik air.
Selepas menunaikan fardu solat, gua terpandang wajah mok gua. Kelihatan merenung jauh sambil menjahit baju.
Gua menitiskan airmata. Gua bawa al-quran masuk ke bilik. Gua cuba menenangkan hati dengan membacanya.
Hujan masih lagi turun dengan lebat. Kedengaran bunyi hujan menimpa-nimpa atap zink.
Gua tak menyesal dan gua tak pelik dengan harta benda . Tapi, kesilapan besar gua lahir di bumi adalah membuat aboh dan mok sedih.
Gua mengesat air mata.
No comments:
Post a Comment