Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Tuesday, November 30, 2010

Kutu Sampah 16

Melayu kian melayu.

Bangsa yang penuh dengan sandiwara, hasad dengki, bacul dan bodoh.

Cukuplah Bangsa Melayu. Sampai bila nak bodoh sombong.

Terimalah hakikat, Bangsa Melayu tak boleh setahap dengan Bangsa Qurdis.

Kutu Sampah 15

Jangan tertipu dengan dunia.

Bahagia itu Redha.

Hidup untuk Mati.

Selepas mati, abadi hidup lu orang.

Amacam..

Monday, November 29, 2010

Kutu Sampah 14

" BEER, FOOTBALL AND RUCK N ROLL "

Kutu Sampah 13

Hampir seminggu gua berada di Kuala Lumpur. Gua lepak di sebuah rumah kutu.

Tiada beza gua berada di Kuala Lumpur atau di Temerloh. Rutin harian gua tetap sama. Tapi kali ini melakukannya bersama-sama kutu yang lain.

Bangun tidur pukul 5 petang.

Lepak kedai mamak berhampiran sampai berjam-jam.

Balik rumah, main game bola sampai pukul 7 pagi.

Pukul 7.30 pagi bersiap-siap nak tidur.

Gua berada dalam lingkungan roda setan. Babi.

Tuesday, November 23, 2010

Kutu Sampah 12



Tempat abu rokok gua sudah penuh. Seminggu sekali gua kena buang.

Masalahnya gua dah malas nak buat rutin buang benda bangang ni.

Monday, November 22, 2010

Kutu Sampah 11

                                                           




Nama dier Belang. Gua tak tahu apasal nama dia Belang, padahal badan bertompok bukannya berbelang.

Umur dia gua tak tahu. Tapi sejak dia bayi lagi memang dia dah ada kat rumah gua.

Gua agak-agak umur dia dalam 3 tahun atau 4 tahun.

Semenjak dua tiga hari ini, gua tengok dia tak berapa sihat. Makan pun tak nak, muntah sini-sana, tidur bersepah.

Adik gua kata dia dah nak mati.

Gua tersedu.

Malam tadi gua baca Yassin.

Kutu Sampah 10

" ekhem..ekhmemm..."

Dah seminggu gua batuk. Mok gua suruh makan ubat batuk.

" Koi tak nak makan dadah dah mak, koi dah jadi belia separa anti dadah " alunan nada yang beralun seperti lagu seakan-akan mahu mok gua mengerti pendirian gua.

Mok gua buat-buat tak dengar rintihan gua.

" ekhemmm...arhmm..." bunyi kasar sikit

Keluar darah dari mulut gua. Terlalu banyak yang keluar kali ini. Gua ambil kain buruk, gua kesatkan.

Dah empat kali gua batuk berdarah sepanjang seminggu ini.

Gua keluarkan ubat dari laci. Gua suapkan di mulut. Gua membaca bismillah. Gua tarik dalam-dalam dan gua hembus laju-laju.

Rokok gua tinggal tiga batang, sekejap lagi nak pergi ke kedai Pak Mat.

"

Kutu Sampah 9

Sebuah van berwarna putih melintasi di depan gua. Didalamnya tersumbat penuh dengan brader-brader berpakaian biru hitam (FRU). Seorang brader yang berada di tepi tingkap memberikan senyuman yang menyeramkan pada gua.

Gua membalasnya dengan muka gembira.

" Erkhmmn" bunyi van putih membrek dengan laju. Berasap tayar gua tengok.

" lari " jerit seorang pak cik di depan gua

Tanpa berlengah, gua memulakan aksi berlari seperti wolverine di tempat yang penuh sesak dengan orang ramai.

" ketepi, ketepi... Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar ! " gua menjerit sambil berlari

Orang ramai mula memberikan gua laluan. Dibelakang gua, seorang brader yang senyum kat gua tadi bersemangat mengejar gua. Babi.

Akhirnya. gua berjaya juga meloloskan diri. Tak sia-sia gua berlatih hari-hari jadi wolverine.

" nasib baik tak kena tangkap, kalau tak...mampus kena urine test " tercungap-cungap gua bercakap pada diri sendiri

Setiap perhimpunan haram, mesti ada muka gua disana.

Sunday, November 21, 2010

Kutu Sampah 8

Bangun tidur pukul 4 p.m

Minum air kosong pukul 4.02 p.m

Kencing pukul 4.05 p.m

Hisap rokok pukul 4.08 p.m

On laptop pukul 4.09 p.m

Check handset pukul 4.20 p.m

Sambung tido pukul 4.25 p.m

Everyday doing the same thing and i'm not boring with it.

Kutu Sampah 7

Masih tidak tidur. Rokok tidak putus-putus di mulut gua.

Buka youtube, layan lagu tempatan, a.c.a.b

Kenangan yang lalu mungkin penuh dikotori dengan dosa. Tetapi, sebalik semua itu, gua menjadi seorang yang bukan dari golongan pemikiran rakyat malaysia.

when time are changing..
when the fellow are leaving..
the memory will be forever..
what a fucking good old days..

Salam 69 malaysia. Shit.

Kutu Sampah 6

Gua mengelecek bola dan berjaya melepasi dua orang pemain pertahanan. Gua meluru laju ke arah pintu gol dan akhirnya gua melepaskan satu rembatan kencang.

" GOL" jerit gua sambil berlari menutup muka di dalam baju.

"PrEeet" pengadil meniup wisel penamat. Pasukan kampung gua berjaya memenangi pertandingan bola sepak bawah 12 tahun daerah Temerloh.

Acara penyampaian hadiah dilangsungkan terus selepas tamat perlawanan. Gua dan budak-budak kampung gua melangkah ke pentas dengan perasaan penuh bangga.

Selepas tamat majlis penyampaian hadiah, semua ahli pasukan berkumpul di bawah pokok.

" Babi, agak-agaklah penganjur ni " Juan bersuara memecah kesunyian

" Koi rasa nak terajang jer orang tua tu " kata Pai yang gemuk orangnya. Dia bermain di posisi keeper.

Gua balik ke rumah dengan perasaan kacau bilau. Sampai di rumah, mok gua tengah mencuci pinggan.

" kalah ker " mok gua bertanya seolah-olah dapat membaca air muka gua. Naluri seorang mok.

" menang.. " jawab gua perlahan

" hadiah mende " tanya mok gua sambil mengelap tangannya dengan tuala, bererti dia sudah selesai membasuh pinggan

Gua tunjuk hadiah tu sambil memegang dengan kuat seolah-olah nak mematahkannya.

" Ok lah tu, bolehlah bawa pergi kelas esok " senyum mok gua

Babi. Main dengan penuh semangat, hadiah dapat pensel 2B sebatang jer. Macam setan penganjur bola sepak di Malaysia.

Kutu Sampah 5

Tahun 2004, di sebuah bilik apartment yang berada di tingkat tujuh.

Gua melihat sesuatu di dinding. Dah hampir tiga jam gua memerhatikan semut-semut hitam berjalan-jalan mengikut satu barisan menuju ke satu lubang kecil. Tak berkelip mata gua.

Terbaring sebelah gua seorang budak Kuala Lumpur yang menetap di Damansara. Bagi gua dia bukan anak Kuala Lumpur sejati, sebab mok dan aboh dia orang Kelantan. Dan dia juga lahir di Kelantan. Tapi tak mengaku warga Kelantan sebab dia kata sejak kecil dia duduk Kuala Lumpur. Nama dia Jas.

Tengah asyik gua melihat semut-semut itu berkawad, Jas tiba-tiba bangun berdiri sambil mengeliat.

" Gua nak pergi makan. lu nak ikut " pelawa Jas

" malas " balas gua

Jas menganguk-anguk tanda faham.

Selepas menyarung bajunya, Jas pergi ke tingkap. Dia mencangkung di tepi tingkap.

" Woi, lu nak pergi mana " jerit gua

" Babi, nak  keluar pergi makanlah " Jas menjawab sambil memandang gua

" Kejap lagilah keluar pergi makan, gua follow sekali. Sayap lu kan terkoyak, gua bawa lu pergi makan nanti"

Jas memandang tangannya dan mengibas-gibas tangannya.

" Betul gak cakap lu, macam mana gua boleh terlupa sayap gua terkoyak pagi tadi. Nasib baik lu ingatkan gua, kalau tak gua dah mati tadi sebab tak boleh terbang " Jas memberikan jawapan sambil menanggal semula baju dan berbaring di sebelah gua.

Gua menarik nafas lega.

Cilakak. Boleh ber ilusi jadi lalat.

Kutu Sampah 4

Hari ini macam biasa gua mengeteh di tempat biasa. Dan macam biasa orang sentiasa ramai.

" wei mamak! teh tarik satu"

Mamak dari tanah besar india datang membawa segelas teh tarik.

" macha, ini kertas jangan kasi hilang, taruk baik-baik dalam poket "

Babi. Masa bila main pakai bil kertas ni.

Seminggu yang lepas, gua order satu maggie goreng telor mata, dua ayam tandori dan tiga teh'o gelas. Gua lepak dari senja sehingga lewat pagi tengok bola. Dan macam biasa gua tak bayar.


Gua kena cari port lain mulai esok.

Kutu Sampah 3

Waktu umur gua lima tahun. Aboh gua tanya pasal cita-cita.

" dah besar nanti aok nak jadi mende, bagi tiga cita-cita aok " aboh gua tanya sambil tengok buletin utama.

" koi nak jadi pemain bola " jawab gua dengan penuh yakin

" bagus " spontan aboh gua membalas

" lagi dua " tanya aboh gua lagi

" lagi dua, nak jadi saintis dengan jadi wartawan "

" bodo, cita-cita orang bodo. Orang cita-cita nak jadi Perdana Menteri " aboh gua jawab dengan nada keras

Babi. Ketika itu Anwar tengah bercakap dalam buletin utama.

Kutu Sampah 2

                                             


Ini adik bongsu gua. Nama dia Alif. Dia selalu menyusahkan gua. Setiap hari dia akan jadi ketua untuk control channel tv. Dari pagi sampai ke pagi, tengok cerita cartoon.
Belajar malas, tapi kalau tanya pasal cartoon omputih, jepun, melayu semua dalam kepala.

Nak terajang, kesian. Tapi, dah pernah terajang dah sekali. Respon dia bukan nak menangis tapi serang gua dengan pisau.

Babi. Umur baru enam tahun dah pandai guna kekerasan.


Hari ini aboh dan mok gua pergi ke Port Dickson. Dia pun ikut sekali.

Masa nak naik kereta, sempat lagi jeling gua dengan renungan tajam.

" hari ini koi bagi aok peluang tengok tv " sambil tutup pintu kereta.

Babi.

Kutu Sampah 1

Sudah lama gua tidak berblog. Hampir tiga tahun rasanya jari gua tidak menekan papan kekunci. Tiga tahun yang lalu, gua mempunyai satu blog, marlboro-zizou@blogspot.com. Blog yang penuh dengan kata-kata makian dan luahan hati seorang anak punk. Sekarang gua lebih santai tetapi didalam hati, gua tetap anak punk yang memberontak.

Amacam