Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Sunday, November 21, 2010

Kutu Sampah 5

Tahun 2004, di sebuah bilik apartment yang berada di tingkat tujuh.

Gua melihat sesuatu di dinding. Dah hampir tiga jam gua memerhatikan semut-semut hitam berjalan-jalan mengikut satu barisan menuju ke satu lubang kecil. Tak berkelip mata gua.

Terbaring sebelah gua seorang budak Kuala Lumpur yang menetap di Damansara. Bagi gua dia bukan anak Kuala Lumpur sejati, sebab mok dan aboh dia orang Kelantan. Dan dia juga lahir di Kelantan. Tapi tak mengaku warga Kelantan sebab dia kata sejak kecil dia duduk Kuala Lumpur. Nama dia Jas.

Tengah asyik gua melihat semut-semut itu berkawad, Jas tiba-tiba bangun berdiri sambil mengeliat.

" Gua nak pergi makan. lu nak ikut " pelawa Jas

" malas " balas gua

Jas menganguk-anguk tanda faham.

Selepas menyarung bajunya, Jas pergi ke tingkap. Dia mencangkung di tepi tingkap.

" Woi, lu nak pergi mana " jerit gua

" Babi, nak  keluar pergi makanlah " Jas menjawab sambil memandang gua

" Kejap lagilah keluar pergi makan, gua follow sekali. Sayap lu kan terkoyak, gua bawa lu pergi makan nanti"

Jas memandang tangannya dan mengibas-gibas tangannya.

" Betul gak cakap lu, macam mana gua boleh terlupa sayap gua terkoyak pagi tadi. Nasib baik lu ingatkan gua, kalau tak gua dah mati tadi sebab tak boleh terbang " Jas memberikan jawapan sambil menanggal semula baju dan berbaring di sebelah gua.

Gua menarik nafas lega.

Cilakak. Boleh ber ilusi jadi lalat.

No comments:

Post a Comment