Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Sunday, February 10, 2013

Kutu Sampah 59

Sudah lama tidak menulis. Secara tidak sedar sudah tiga tahun gua menulis di blog ini. Tiada apa yang menarik di blog ini, cuma gua hanya terasa untuk menulis.

Sekarang gua tengah bersantai-santai di atas tilam kampung. Udara yang sejuk dan persekitaran yang perlahan membuatkan gua tenang.

Agak payah untuk menulis di atas telefon. Jadi gua tangguhkan setakat ini.

Monday, June 25, 2012

kutu sampah 58

hari berlalu dengan pantas. tanpa gua sedari, bulan ramadan semakin hampir. sepanjang bulan ini, banyak perkara dan dugaan yang gua tempuhi dan ia membuatkan gua semakin dekat dengan Allah s.w.t....syukur.

tak dapat gua gambarkan betapa gembiranya hati kecilku setelah mendapat ketenangan.semoga Allah s.w.t mempermudahkan hidup gua di dunia ini.

gua tidak akan melupakan bulan ini didalam hidup gua.insyallah.

setelah pelbagai kerja yang gua ceburi, barulah gua memahami kehidupan di muka bumi ini.selama ini gua silap,mencari rezeki bukanlah untuk mengejar nama dan harta tetapi untuk beribadat kepada Allah s.w.t dengan tenang.


subhanallah...tingginya kuasa Allah s.w.t

Tuesday, April 10, 2012

Punk Muslim Di Tanah Melayu 2

7 tahun sudah berlalu.

Seperti hari selalunya, aku akan lewat bangun untuk ke tempat kerja. Dengan sengaja aku sentiasa tanamkan di minda untuk tidak tepati masa untuk bekerja. Itu adalah satu tanda aku tidak mampu untuk berjalan di atas undang-undang kapitalis.

Seperti hari selalunya, tiba di tempat kerja, aku akan menyalakan sebatang rokok dan memperhatikan abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik, makcik-makcik kerajaan berpakaian serba kemas dan berbau harum berpusu-pusu ke cafe. Walaupun, aku tahu sekarang waktu mereka bekerja, tapi secara hakikatnya mereka memang tiada kerja. Kerajaan tanah melayu menolong orang melayu dengan memberi mereka bekerja kerajaan. Hidup mereka senang walaupun mereka berstatus kerani. Mereka merasakan diri mereka seorang manusia yang bertuah di muka bumi ini. Mana kan tidak, apa yang mereka tidak mampu beli, akan di beli dengan membuat loan. Dan setiap tahun, bonus dan kenaikan gaji akan sentiasa mereka dapat sehingga mereka pencen. Dan sesudah pencen, mereka akan dapat pula duit pencen. Fuck kerajaan melayu.

Ya, kini aku sudah bekerja di bangunan kerajaan. Tapi, aku bukanlah tergolong di dalam golongan orang kerajaan. Aku hanyalah budak yang membaiki kerosakan di bangunan kerajaan. Secara jujurnya, bukanlah menjaga keseluruhan bangunan, tapi hanya menjaga barang syarikat aku yang dipasang di dalam bangunan itu sahaja.

Hari ini, rakan sekerja aku datang melawat aku. Dia adalah budak sekelas aku semasa belajar dahulu. Dengan laju, kembara dia datang menghampiri tepi aku. Sebelahnya, baru aku perasaan ada seorang mamat berambut mohawk nipis dengan berkaca mata hitam dan berpakaian kemeja. Teka hati aku, mamat ini semestinya budak punk se-aliran dengan aku.

Aku masuk ke dalam kereta dan mamat itu terus menghulurkan tangannya. Aku mengenggam tangannya.

" Selamat berjumpa, bro. Nama gua Am. Lu sapa nama?" mamat itu menyapa gua

"kid" jawab gua ringkas

" hah, kids... Am ni, technican PJH...aku baru habis meeting dengan dia tadi" member aku, Nik cuba untuk menyampuk.

Aku mengangguk lembut.

Wednesday, March 14, 2012

Kutu Sampah 57

Gua bangun tidur pukul 9.30 pagi.

Bersiap pergi kerja ( 10 minit)

Pukul 10.15 pagi, gua sampai di tempat kerja.

Setengah jam minum di cafe.

Setengah jam lagi hisap rokok berborak dengan budak-budak maintenance.

Pukul 12.30 tengahari, pergi makan.

Pukul 1.30 petang, gua bertolak balik ke rumah.

Balik rumah, buka youtube, layan lagu metal sambil layan game facebook.

""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Cukup bulan gaji gua masuk.

Kerja gua lebih releks dari kerja kerajaan.

Sunday, February 19, 2012

Kutu Sampah 55



Sudah lama tidak meng-update blog usang ini. Sepanjang dua bulan ditahun 2012 ini, banyak perkara yang gua hadapi dan pelbagai cara gua menghadapinya.

Latar belakang hidup gua tidak sama seperti kebanyakan muda-mudi di Malaysia. Gua bukanlah tergolong dari golongan yang baik-baik. Banyak kemungkaran dan kedaifan yang gua lakukan sepanjang gua bernafas di atas muka bumi ini. Sering kali tersilap langkah dan sering kali gua diberi petunjuk untuk kembali semula ke pangkal jalan. Semua ini membuatkan gua semakin tabah dan tenang. Gua semakin dekat untuk memahami apa itu manusia dan semakin kuat keyakinan gua kepada Allah s.w.t.

Gua ditiupkan roh oleh Allah s.w.t dan diturunkan dimuka bumi ini adalah untuk menghadapi ujian dari Allah s.w.t. Semakin berjaya gua menghadapi ujian tersebut, semakin gua dekat dengan pencipta gua iaitu Allah s.w.t.

Sebaik sahaja lahir dimuka bumi ini, gua menangis sekuat-kuat hati. Gua melalui zaman kecil dengan tidak langsung memahami apa ertinya hidup diatas muka bumi ini. Di zaman persekolahan, hidup gua hanyalah bermain dan mengulangkaji pelajaran. Selepas habis sahaja di alam persekolahan, gua mencari kehidupan di universiti. Disitu juga tidak dapat mencari erti kehidupan yang sebenar kerana gua hanya belajar untuk mendapatkan ijazah dan kerja selepas tamat belajar. Masuk alam pekerjaan, gua baru memahami erti kehidupan yang sebenar. Di dalam tempoh dua tahun, gua sudah bertukar kerja sebanyak tujuh kali. Sedikit demi sedikit ilmu kehidupan gua belajar.

Akhirnya, gua belajar bahawa kehidupan ini bukanlah tempat untuk kita mengumpul apa-apa sahaja tentang dunia seperti kekayaan, nama, pangkat, isteri yang cantik dan lain-lain lagi. Kita ditiupkan roh oleh Allah dan diturunkan di bumi adalah untuk menerima ujian dari Allah s.w.t. Semakin kita berjaya menghadapi ujian dari Allah, semakin hubungan kita dengan-Nya semakin hampir. Apa yang kita peroleh darinya adalah sebuah hati yang tenang dan syurga di akhirat nanti.

Friday, December 16, 2011

Punk Muslim Di Tanah Melayu 1

Di sebuah rumah kampung yang terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur, aku tinggal bersama seorang sahabat yang telah menemani aku sejak kecil. Din adalah seorang sahabat yang sangat rapat dengan aku. Dibesarkan bersama-sama di sebuah kampung yang terletak di hujung Pahang. Din adalah anak yatim, orang tua nya sudah lama meninggal dunia ketika dia masih bayi akibat dibaham harimau sewaktu keluar menoreh. Sejak itu, Din dijaga oleh neneknya. Rumah nenek Din tidak jauh dari rumah aku, hanya beberapa kangkang kera sahaja jaraknya. Aku dan Din sering menghabiskan waktu kecil sebagai budak kampung yang sejati. Apa yang budak kampung tahun 30-an di tanah melayu bermain, itulah juga permainan aku dan Din bermain.

Aku dan Din sudah berhijrah ke Kuala Lumpur hampir lima tahun. Ini bermula sejak, aku berjaya menyambung pelajaran ke menara gading di ibukota bangsat ini. Din pula, sejak kematian neneknya, telah berhijrah bersama-sama aku ke sini.

Owh, rancak bercerita tentang Din, sehingga aku hampir lupa memperkenalkan diri aku. Nama aku Kids, latarbelakang aku tidak payahlah aku cerita, kerana aku bukannya seorang artis yang hina mahupun pemimpin bingai yang ingin menonjol-nonjol. Cukuplah, sekadar mengenal aku sebagai anak punk muslim dari tanah melayu.