Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Sunday, November 21, 2010

Kutu Sampah 6

Gua mengelecek bola dan berjaya melepasi dua orang pemain pertahanan. Gua meluru laju ke arah pintu gol dan akhirnya gua melepaskan satu rembatan kencang.

" GOL" jerit gua sambil berlari menutup muka di dalam baju.

"PrEeet" pengadil meniup wisel penamat. Pasukan kampung gua berjaya memenangi pertandingan bola sepak bawah 12 tahun daerah Temerloh.

Acara penyampaian hadiah dilangsungkan terus selepas tamat perlawanan. Gua dan budak-budak kampung gua melangkah ke pentas dengan perasaan penuh bangga.

Selepas tamat majlis penyampaian hadiah, semua ahli pasukan berkumpul di bawah pokok.

" Babi, agak-agaklah penganjur ni " Juan bersuara memecah kesunyian

" Koi rasa nak terajang jer orang tua tu " kata Pai yang gemuk orangnya. Dia bermain di posisi keeper.

Gua balik ke rumah dengan perasaan kacau bilau. Sampai di rumah, mok gua tengah mencuci pinggan.

" kalah ker " mok gua bertanya seolah-olah dapat membaca air muka gua. Naluri seorang mok.

" menang.. " jawab gua perlahan

" hadiah mende " tanya mok gua sambil mengelap tangannya dengan tuala, bererti dia sudah selesai membasuh pinggan

Gua tunjuk hadiah tu sambil memegang dengan kuat seolah-olah nak mematahkannya.

" Ok lah tu, bolehlah bawa pergi kelas esok " senyum mok gua

Babi. Main dengan penuh semangat, hadiah dapat pensel 2B sebatang jer. Macam setan penganjur bola sepak di Malaysia.

No comments:

Post a Comment