Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Friday, September 23, 2011

Kutu Sampah 50

Dulunya gua suka menulis. Tapi entah mengapa, sekarang jari gua sudah jadi malas untuk menekan papan kekunci.

##

Tiga minggu yang lepas, gua kebosanan duduk di rumah. Lantas, gua mengambil jalan ke arah neraka jahanam. Dengan berbekalkan 50 renget, gua pergi mempertaruhkan duit makan gua untuk 2 minggu.

Tempatnya tidaklah jauh, cuma start motor dan pergi dengan tidak memakai helmet.

Setelah bertarung selama 3 jam, gua hanya mampu membawa balik keuntungan 200 renget sajer. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Gua ke kaunter untuk mendapatkan duit kemenangan gua dengan kepala ligat memikirkan " duit ni gua nak wat mende?"

Gua keluar dengan melangkah kaki kanan.

Tengah gua membuka kunci motor, ekor mata gua terpandang seorang budak cina tengah bercakap-cakap dengan se ekor anak kucing.

Budak cina itu berulang kali meletakkan anak kucing itu di atas guni yang terdapat di depan kedai. Tapi, anak kucing itu tetap turun dan berlari ke arahnya. Gua memperhatikan kejadian ini selama beberapa minit. Baru gua perasan, budak cina itu mahu tidur ditepi kedai dengan beralaskan beg yang dibawanya, tetapi anak kucing itu merengek-rengek mahu menemankan budak cina itu. Dengan percakapan yang pelat, budak cina itu bercakap dengan anak kucing. Gua tersedak, budak cina itu bukanlah budak seperti budak-budak normal yang lain. Dia adalah orang kurang upaya, macam Fei Mau. Sihat tubuh badannya, tetapi akal kebudakan.
Hati gua terus sayu, siapalah keluarga budak cina ini. Kenapalah budak cina ini tidur di tepi kedai. Adakah keluarganya menghalaunya sebab dia cacat?

Dengan sedihnya, gua turun dari motor, lalu mengambil anak kucing itu. Budak cina itu cuba bercakap dengan gua, dengan bahasanya. Gua memahami dari gerak tubuhnya, budak cina itu menyuruh gua jangan melayan sangat anak kucing ini.

Gua senyum pada budak cina itu. Gua kata, tidak mengapa.

Gua letak anak kucing itu dalam raga motor. Semasa gua nak beredar, gua nampak budak cina itu tengah menyapu-yapu tempat yang dia hendak tidur nanti. Mata dia mencerminkan kepayahan yang dia hadapi.

.......SEKARANG....

Anak kucing yang diberi nama Jody sempena pertemuan gua dengannya di depan kedai judi, sedang asyik makan Whiskas.

Anak cina itu, gua tidak berjumpa lagi. Di dalam hati, timbul kekesalan, "kenapalah gua tak terfikir untuk memberi anak cina itu sedikit duit untuk dia membeli nasi"

Kalau berjumpa lagi dengannya, gua akan berbuat baik kepadanya.

No comments:

Post a Comment