Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Wednesday, September 28, 2011

Kutu Sampah 52

Semalam, gua balik dari kerja. Dalam perjalanan balik ke rumah, hati gua jadi tak sedap. Sampai sahaja di rumah, gua terus menyelongkar kereta Toyota KE yang tersadai di depan rumah. Gua masih tidak jumpa Jody.

**
Jody tak balik ke rumah selama tiga hari. Sudah puas gua mencarinya. Kali terakhir gua berjumpa dengan Jody adalah pada malam, gua keluar bersama Sarip (Budak serumah) pergi mendengar ceramah Ustaz Ahar Idrus di masjid terapung Puchong Perdana. Gua sempat melihat Jody bermain di luar rumah dan ketika itu gua lihat muka Jody tersenyum kegembiraan.

***

Naluri hati gua berkata, Jody mesti balik ke rumah hari ini. Gua mencari semula Jody di bawah kereta.

Subhanallah, gua terkejut melihat Jody di tepi tayar. Gua menjadi takut untuk menyentuh Jody. Masih bernyawa kah Jody? Badan Jody seperti patung, tidak bergerak sedikit langsung.

Gua terus mengangkat Jody ke riba. Gua lihat Jody semakin lemah. Kaki Jody tidak boleh bergerak, badannya lemah. Tulang belakang Jody patah. Gua terus google cari klinik haiwan di sekitar Puchong. Gua juga meminta bantuan daripada Club Kucing dan Anjing Terbiar di Jalanan di Facebook. Allamdulilah, semua ahli persatuan memberi respons yang cepat. Terima kasih kepada mereka. Gua terus telefon klinik haiwan yang berhampiran.

“ Hello, ini klinik haiwan ker?”

“yer, kenapa..ada apa yang boleh saya bantu” suara seorang perempuan cina

“ saya ada se ekor anak kucing yang mungkin patah tulang, saya nak bawak ke klinik awak, boleh tak?”

“ owh, klinik kami tutup pukul 7, anak kucing itu kena X-tray, ambil masa yang lama. Tapi, awak jangan risau, awak boleh hantar dia di klinik haiwan belakang Tesco” beritahu perempuan cina itu kepada gua dengan lembut. Mungkin dia tahu gua tengah bercelaru ketika itu.

Gua terus bersiap untuk bawa Jody ke klinik. Tiba-tiba, gua teringat sesuatu,… didalam poket gua tiada satu sen pun. Mahu pun didalam bank. Gaji gua tidak dapat lagi. Sepatutnya gaji gua masuk pada hari Isnin. Entah mengapa bulan ini, gaji gua masuk di akhir bulan. Hanya Allah sahaja yang tahu, bagaimana fikiran gua ketika itu.

Gua terus menelefon beberapa orang kawan untuk meminjam duit. Tapi, malangnya..semuanya tidak ada duit. Gua juga meminta bantuan dari budak rumah gua, tetapi semuanya juga tiada duit. Gua tidak mahu bersangka buruk kepada manusia lain, gua serahkan semuanya kepada Allah s.w.t.

Gua memberi Jody minum air susu mengunakan straw. Gua selimutkan dia dengan baju kerja gua. Gua letak dia di tepi kepala gua. Hati gua merundum sedih. Gua buat solat hajat supaya Jody mampu bertahan sehingga hari Jumaat ini. Gua usap Jody sehinggalah dia tidur dengan tenang.

<……>

Hari ini, gua bangun dikejutkan dengan jam loceng. Selalunya, Jody datang kejutkan gua sembahyang subuh dengan bermain-main di kaki gua.

Gua lihat Jody di sebelah, masih lagi tidur dengan nyenyak. Tiba-tiba, Jody bersuara, “miow..miow”

Gua bukan kepalang gembiranya. Terus gua memeluk Jody dan memberi dia minum air susu.

Insyallah, Jody akan bertambah sihat dengan izin Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment