1.8.2011
Bermulanya puasa. Gua berada dikampung untuk berbuka puasa bersama mok, aboh dan adik-adik.
Mengimbau kembali tahun-tahun sudah, gua selalu tewas dengan diri sendiri. Gua tak tewas dengan setan dan iblis, tapi gua tewas dengan nafsu sendiri. Gua mempelajari agama dari kecil sehingga sekarang, walaupun tidak sehebat mana, tapi gua tahu balasan bagi orang yang tidak berpuasa.
Jadi, bagaimana boleh gua melanggar perintah Allah dan buat seperti tiada apa-apa balasan yang akan gua dapat di padang masyar nanti. Jawapannya senang sahaja, gua tidak mengenal diri sendiri lantas tidak langsung mengenali Allah s.w.t Maha Pencipta. Hati gua hitam, walaupun gua mahu berubah.
Allamdullilah, perjalanan hidup mematangkan gua.
Gua semakin hampir dengan NUR. Dugaan yang Maha Esa beri kepada kita adalah ujian untuk kita mengenal kepadanya. Banyak berfikir tentang perjalanan hidup, membuatkan kita berfikir bahawa semuanya terjadi sudah tertulis dan semuanya mempunyai 1001 hikmah untuk kita mempelajarinya.
Jangan sesekali kita mengeluh tentang dunia. Bersabarlah menerima ujian Allah s.w.t dengan tenang dan redha. Sentiasa tanam di otak, dunia ini hanyalah sebuah persinggahan, sebuah mimpi. Apabila kita memejam mata untuk selamanya, disitulah bermulanya kehidupan sebenar kita.
Insyallah.
No comments:
Post a Comment