Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Sunday, December 26, 2010

Kutu Sampah 33

Hari Jumaat yang lepas, gua masuk hutan. Tak berapa nak hutan sangat, sebab boleh dengar eksos kereta dan paling bangsat sekali budak umur empat tahun ada mandi di tepi khemah gua.

Sebenarnya, gua malas nak berkhemah-khemah ni. Selalunya, kalau gua masuk hutan, sebelum subuh gua dah masuk dan apabila lewat petang, gua dah keluar. Senang, tak payah bawa khemah, bawa roti dengan nasi lemak sepuluh bungkus.

Tapi, ada bagusnya juga gua pergi berkhemah dengan kutu rayau baru-baru ni. Darah kotor gua banyak kena sedut dan ini maknanya gua tengah dalam keadaan suci.

Masa gua tidur, seekor pacat telah menghisap darah kedua-dua belah kaki gua. Dan bila gua bangun, pacat tu tengah berbaring kekenyangan di sebelah muka gua.

Gua pandang pacat tu. Pacat tu pandang gua balik.

Gua senyum dekat dia. Pacat tu senyum kat gua balik.

Gua ambil pacat dan letakkan dia kat luar khemah dengan sopan.

Pacat memandang gua dengan sayu dan mengangguk-angguk kepalanya tanda beterima kasih dan mengucapkan selamat tinggal.

Gua masuk balik ke dalam khemah dan sambung semula tidur. Hukum alam rimba.

2 comments: